Saturday, June 14, 2014

KERABU SUUN

Bahan-bahannya:
1 mangkuk suun yang telah dicelur
5 ekor sotong direbus dan dihiris-hiris
1 labu bawang besar dihiris
1 batang lobak merah dihiris halus memanjang
2 batang serai dihiris halus
2 batang bunga kantan dihiris halus
5 biji cili api dihiris halus (kalau nak pedas tambah lagi)
3 biji cili merah dihiris halus
3 batang daup sup dihiris halus
2 sudu air limau nipis
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan gaul sebati


TAHU TELUR

Bahan-bahannya:

4 keping tahu biasa
2 tiub tahu telur
2 biji telur
200 gm isi udang/isi ayam
Daun sup dihiris halus
Lobak merah dipotong halus
Cili merah dihiris halus dan dipotong dadu
Garam
Bahan perasa

Cara membuatnya:
1. Blend tahu biasa, tahu telur, isi udang/isi ayam  bersama telur
2  Masukkan hirisan cili, lobak merah dan daun sup
3. Masukkan garam dan bahan perisa
4. Kukus di dalam loyang selama 20 minit
5. Setelah sejuk potong empat segi
6. Celup telur dan goreng


Resepi ini digunakan dalam Pertandingan Memasak Kembara Votek dan memenangi tempat pertama. Terima kasih kepada penyumbang resepi sebenar.

ROTI ASAS

Bahan-bahannya:
500gm tepung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
80gm butter
1 sudu teh bread improver
1 sudu bread softener (saya tak gunapun)
1 peket yis
1 biji telur campur 265gm air sejuk

Cara-cara membuatnya:
Masukkan semua bahan cecair di dalam bread maker kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
Yis letakkan di bahagian atas sekali.
BM menguli selama 30 minit
Biarkan naik selama 30 minit lagi
Kemudian bentukkan menjadi apa-apa jenis roti yang kita mahukan.







SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar dipotong dadu kecil-kecil
1/2 botol sos lada hitam Life (botol besar)
1/2 cawan susu segar
1 kiub ayam
2sudu besar kicap manis
Garam
Gula

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar sehingga harum
2. Masukkan sos lada hitam dan kiub ayam - kacau sebati
3. Tambah kicap manis dan susu
4. Bubuh garam dan gula secukup rasa
5. Jika pekat tambahkan susu



Sunday, December 29, 2013

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:
Untuk base cake
1 setengah peket biskut oreo
(dihancurkan dan digaul dengan 110gm butter yang dicairkan
Ratakan di dalam loyang spring foam

500gm cream cheese
120gm gula castor
30gm butter
200ml whipping cream
4 biji telur
30gm tepung jagung

Cara-caranya:
Pukul cheese bersama gula sehingga sebati
Masukkan butter dan pukul lagi
Masukkan telur dan whipping cream
Akhir sekali masukkan tepung jagung
Bakar selama 1 jam dengan suhu 160

Apabila sudah sejuk hiaslah dengan jem blueberry.




ALMOND CRUNCHY aka THE FLORENTINE

Bahan-bahannya:
200gm tepung florenta
200gm badam hiris
100gm kuaci
20gm bijan hitam

Cara membuatnya:
1. Bakar badam hiris bersama kuaci selama 5 minit
2. Gaulkan bersama tepung dan bijan hitam
3. Ratakan di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek
4. Bakar dengan suhu 160 selama 5-10 minit
5. Keluarkan daripada oven dan terus potong
6. Jangan tunggu sehingga sejuk untuk memotong kerana biskut akan patah.










Saturday, December 14, 2013

PAVLOVA

Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula
1sb cuka makan
1sb tepung jagung
sedikit esen

Cara-caranya:
1. Pukul putih telur bersama gula sehingga bertanduk dengan kelajuan tinggi
2. Masukkan cuka makan, esen dan tepung jagung
3. Putar lagi
4. Bakar selama 30 minit/sehingga masak dengan suhu 140
5. Pukul 1 cwn whipping cream sehingga kental
6. Pipekan ke atas adunan yang telah masak
7. Hiaslah dengan buah-buahan