Saturday, November 30, 2013

RED VELVET CHEESE TART


Resepi ini saya copt paste daripada Blog Seri Kandi Jauhar. Selalunya saya membuat Tart Cheese Blueberry tapi kali ini bersemangat untuk membuat Red Velvet Cheese Tart ini.

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
Susun semua crust dalam tray pembakar.
Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

No comments:

Post a Comment