Sunday, December 1, 2013

ROTI PURI

Resepi ini dikongsi daripada Group Kongsi2 Resepi Kek, biskut dan lain-lain


Bahan-bahannya ialah:
500gm tepung gandum
Setengah peket mauripan (bancuh dengan air suam)
4sb minyak
1sk gula
1sk garam
2sb susu tepung
Air secukupnya untuk menguji adunan

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali air
2. Masukkan air sikit-sikit
3. Uli adunan sehingga sebati dan tidak lekat ditangan
4. Bentukkan adunan sebesar bola golf dan canai bulat dan nipis
5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana
6. Siram minyak panas atas adunan semasa menggoreng supaya jadi menggelembung
7. Goreng sampai kekuningan dan masak.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment