Sunday, December 29, 2013

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:
Untuk base cake
1 setengah peket biskut oreo
(dihancurkan dan digaul dengan 110gm butter yang dicairkan
Ratakan di dalam loyang spring foam

500gm cream cheese
120gm gula castor
30gm butter
200ml whipping cream
4 biji telur
30gm tepung jagung

Cara-caranya:
Pukul cheese bersama gula sehingga sebati
Masukkan butter dan pukul lagi
Masukkan telur dan whipping cream
Akhir sekali masukkan tepung jagung
Bakar selama 1 jam dengan suhu 160

Apabila sudah sejuk hiaslah dengan jem blueberry.




ALMOND CRUNCHY aka THE FLORENTINE

Bahan-bahannya:
200gm tepung florenta
200gm badam hiris
100gm kuaci
20gm bijan hitam

Cara membuatnya:
1. Bakar badam hiris bersama kuaci selama 5 minit
2. Gaulkan bersama tepung dan bijan hitam
3. Ratakan di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek
4. Bakar dengan suhu 160 selama 5-10 minit
5. Keluarkan daripada oven dan terus potong
6. Jangan tunggu sehingga sejuk untuk memotong kerana biskut akan patah.










Saturday, December 14, 2013

PAVLOVA

Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula
1sb cuka makan
1sb tepung jagung
sedikit esen

Cara-caranya:
1. Pukul putih telur bersama gula sehingga bertanduk dengan kelajuan tinggi
2. Masukkan cuka makan, esen dan tepung jagung
3. Putar lagi
4. Bakar selama 30 minit/sehingga masak dengan suhu 140
5. Pukul 1 cwn whipping cream sehingga kental
6. Pipekan ke atas adunan yang telah masak
7. Hiaslah dengan buah-buahan










Tuesday, December 10, 2013

KEK KARAMEL

KEK KARAMEL
Bahan-bahannya ialah:
Untuk  karamel
2sb gula dimasak terus dalam loyang sehingga cair dan ketepikan.

Untuk  puding
3 biji kuning telur, 
70 grm gula halus dan
1/2 sk esen vanila
1/2 tin susu cair
Semuanya dipukul lembut dan tapis masukkan ke dalam karamel tadi. Ketepikan.

Untuk kek
3 biji kuning telur
135ml air dan
45ml minyak
Semuanya dipukul sehingga gebu dan berwarna putih.
Masukkan 70gm gula castor dan pukul lagi sehingga naik sekali ganda.

140gm tepung dan 
1sk baking powder
Kedua-duanya diayak bersama ke dalam adunan telur sedikit2 dan dikacau perlahan secara kaup balik. Ketepikan.

Pukul 6 biji putih telur hingga berbuih.
Masukkan 70gm gula castor dan 1sk cream of tartar. Pukul dengan speed laju.
Masukkan 1/3 bhn merinque dalam adunan tepung dan kacau secara kaup balik.
Kemudian masukkan semua  merinque dan kacau lagi.
Bahagikan adunan tepung kepada 3 bahagian dan bubuh warna.
Tuang adunan atas puding karamel tadi. Buat macam kek minyak.

Bakar pada suhu 160 selama 1 jam


Sunday, December 8, 2013

ROTI MANIS

Resepi dikongsikan daripada Isma Maisarah dari Kelab Roti

Bahan-bahannya ialah:
500gm tepung gandum
220 ml air
1 biji telur
1/2 cwn gula halus
2sb susu tepung
1sk bread improver
1/2 sk baking powder
1sb water roux
secubit garam
11gm yis segera
2sb shortening

Uli macam biasa


AIR FANTA HOME MADE

Bahan-bahannya ialah:
3kg gula
2 liter air
1 botol kecil oren sunquick
1 botol kecil pewarna hijau
1 botol kecil esen pisang

Cara-caranya:
1. Masak gula bersama air sehingga gula larut.
2. Tutup api dan masukkan oren sunquick, pewarna hijau dan esen pisang.
3  Siap untuk dijadikan minuman



SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 7, 2013

CHISSY CRACKER CREAM CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:
Biskut Cissy Cracker
250gm cream cheese
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
Nestum
Milo

Cara-caranya
1. Celupkan biskut dalam susu cair dan susun dalam loyang.
2. Tuangkan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi
3. Taburkan nestum
4. Taburkan milo
5. Ulangi proses ini sehingga loyang penuh tiga suku.
6. Lapisan atas tebalkan cream cheese dan taburkan nestum dan milo lebih banyak.
7. Sejukkan di tempat beku supaya senang potong nanti













DONUT

Resepi ini dikongsi daripada Izz Mas tuan punya resepi yang turut menjadi ahli group Kongsi Resepi Kek, Biskut dan lain-lain.
Bahan-bahannya:
3 cwn tepung gandum
200 ml airsuam
3 sb susu tepung
3sb gula halus
3sb shortening
sedikit garam
2sk mauripan

Ulilah seperti biasa


Friday, December 6, 2013

SNOW CHEESE CAKE


Bahan-bahannya:
250gm sponge cake mix
4 biji telur
65gm air
65gm minyak

Cara-caranya:
1. Putar semua bahan kecuali minyak perlahan selama 1 minit
2. Putar lagi dengan laju selama 5-8 minit
3. Masukkan minyak dan guna senduk untuk kaup balik
4. Bakar 40-45 minit dengan suhu 160

Toping
250gm cream cheese
1/2 cwan susu pekat
Dipukul 

Tuangkan atas kek dan hias dengan cheddar cheese yang diparut.

Tuesday, December 3, 2013

COKLAT CHIP KUKIS

Resepi ini saya ambil daripada blog seorang sahabat dengan sedikit tambahan bahannya.
Bahan-bahannya ialah:
2 cwn tepung gandum
1 suku cawan gula perang
2 biji telor
3 sudu serbuk koko
1 cwn butter
1st esen vanila
2 cwn coklat chip
1 cwn kekacang ( saya guna walnut)

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter bersama gula perang
2. Masukkan 2 biji telur dan pukul lagi
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko dan kaup balik dengan senduk
5. Masukkan coklat chip dan kacang walnut
6. Kaup balik sehingga menjadi doh yang lembut
7. Sudukan ke dalam dulang
8. Bakar 15 minit dengan suhu 175

SELAMAT MENCUBA

Sunday, December 1, 2013

ROTI PURI

Resepi ini dikongsi daripada Group Kongsi2 Resepi Kek, biskut dan lain-lain


Bahan-bahannya ialah:
500gm tepung gandum
Setengah peket mauripan (bancuh dengan air suam)
4sb minyak
1sk gula
1sk garam
2sb susu tepung
Air secukupnya untuk menguji adunan

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali air
2. Masukkan air sikit-sikit
3. Uli adunan sehingga sebati dan tidak lekat ditangan
4. Bentukkan adunan sebesar bola golf dan canai bulat dan nipis
5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana
6. Siram minyak panas atas adunan semasa menggoreng supaya jadi menggelembung
7. Goreng sampai kekuningan dan masak.

SELAMAT MENCUBA