Sunday, December 29, 2013

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:
Untuk base cake
1 setengah peket biskut oreo
(dihancurkan dan digaul dengan 110gm butter yang dicairkan
Ratakan di dalam loyang spring foam

500gm cream cheese
120gm gula castor
30gm butter
200ml whipping cream
4 biji telur
30gm tepung jagung

Cara-caranya:
Pukul cheese bersama gula sehingga sebati
Masukkan butter dan pukul lagi
Masukkan telur dan whipping cream
Akhir sekali masukkan tepung jagung
Bakar selama 1 jam dengan suhu 160

Apabila sudah sejuk hiaslah dengan jem blueberry.




ALMOND CRUNCHY aka THE FLORENTINE

Bahan-bahannya:
200gm tepung florenta
200gm badam hiris
100gm kuaci
20gm bijan hitam

Cara membuatnya:
1. Bakar badam hiris bersama kuaci selama 5 minit
2. Gaulkan bersama tepung dan bijan hitam
3. Ratakan di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek
4. Bakar dengan suhu 160 selama 5-10 minit
5. Keluarkan daripada oven dan terus potong
6. Jangan tunggu sehingga sejuk untuk memotong kerana biskut akan patah.










Saturday, December 14, 2013

PAVLOVA

Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula
1sb cuka makan
1sb tepung jagung
sedikit esen

Cara-caranya:
1. Pukul putih telur bersama gula sehingga bertanduk dengan kelajuan tinggi
2. Masukkan cuka makan, esen dan tepung jagung
3. Putar lagi
4. Bakar selama 30 minit/sehingga masak dengan suhu 140
5. Pukul 1 cwn whipping cream sehingga kental
6. Pipekan ke atas adunan yang telah masak
7. Hiaslah dengan buah-buahan










Tuesday, December 10, 2013

KEK KARAMEL

KEK KARAMEL
Bahan-bahannya ialah:
Untuk  karamel
2sb gula dimasak terus dalam loyang sehingga cair dan ketepikan.

Untuk  puding
3 biji kuning telur, 
70 grm gula halus dan
1/2 sk esen vanila
1/2 tin susu cair
Semuanya dipukul lembut dan tapis masukkan ke dalam karamel tadi. Ketepikan.

Untuk kek
3 biji kuning telur
135ml air dan
45ml minyak
Semuanya dipukul sehingga gebu dan berwarna putih.
Masukkan 70gm gula castor dan pukul lagi sehingga naik sekali ganda.

140gm tepung dan 
1sk baking powder
Kedua-duanya diayak bersama ke dalam adunan telur sedikit2 dan dikacau perlahan secara kaup balik. Ketepikan.

Pukul 6 biji putih telur hingga berbuih.
Masukkan 70gm gula castor dan 1sk cream of tartar. Pukul dengan speed laju.
Masukkan 1/3 bhn merinque dalam adunan tepung dan kacau secara kaup balik.
Kemudian masukkan semua  merinque dan kacau lagi.
Bahagikan adunan tepung kepada 3 bahagian dan bubuh warna.
Tuang adunan atas puding karamel tadi. Buat macam kek minyak.

Bakar pada suhu 160 selama 1 jam


Sunday, December 8, 2013

ROTI MANIS

Resepi dikongsikan daripada Isma Maisarah dari Kelab Roti

Bahan-bahannya ialah:
500gm tepung gandum
220 ml air
1 biji telur
1/2 cwn gula halus
2sb susu tepung
1sk bread improver
1/2 sk baking powder
1sb water roux
secubit garam
11gm yis segera
2sb shortening

Uli macam biasa


AIR FANTA HOME MADE

Bahan-bahannya ialah:
3kg gula
2 liter air
1 botol kecil oren sunquick
1 botol kecil pewarna hijau
1 botol kecil esen pisang

Cara-caranya:
1. Masak gula bersama air sehingga gula larut.
2. Tutup api dan masukkan oren sunquick, pewarna hijau dan esen pisang.
3  Siap untuk dijadikan minuman



SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 7, 2013

CHISSY CRACKER CREAM CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:
Biskut Cissy Cracker
250gm cream cheese
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
Nestum
Milo

Cara-caranya
1. Celupkan biskut dalam susu cair dan susun dalam loyang.
2. Tuangkan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi
3. Taburkan nestum
4. Taburkan milo
5. Ulangi proses ini sehingga loyang penuh tiga suku.
6. Lapisan atas tebalkan cream cheese dan taburkan nestum dan milo lebih banyak.
7. Sejukkan di tempat beku supaya senang potong nanti













DONUT

Resepi ini dikongsi daripada Izz Mas tuan punya resepi yang turut menjadi ahli group Kongsi Resepi Kek, Biskut dan lain-lain.
Bahan-bahannya:
3 cwn tepung gandum
200 ml airsuam
3 sb susu tepung
3sb gula halus
3sb shortening
sedikit garam
2sk mauripan

Ulilah seperti biasa


Friday, December 6, 2013

SNOW CHEESE CAKE


Bahan-bahannya:
250gm sponge cake mix
4 biji telur
65gm air
65gm minyak

Cara-caranya:
1. Putar semua bahan kecuali minyak perlahan selama 1 minit
2. Putar lagi dengan laju selama 5-8 minit
3. Masukkan minyak dan guna senduk untuk kaup balik
4. Bakar 40-45 minit dengan suhu 160

Toping
250gm cream cheese
1/2 cwan susu pekat
Dipukul 

Tuangkan atas kek dan hias dengan cheddar cheese yang diparut.

Tuesday, December 3, 2013

COKLAT CHIP KUKIS

Resepi ini saya ambil daripada blog seorang sahabat dengan sedikit tambahan bahannya.
Bahan-bahannya ialah:
2 cwn tepung gandum
1 suku cawan gula perang
2 biji telor
3 sudu serbuk koko
1 cwn butter
1st esen vanila
2 cwn coklat chip
1 cwn kekacang ( saya guna walnut)

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter bersama gula perang
2. Masukkan 2 biji telur dan pukul lagi
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko dan kaup balik dengan senduk
5. Masukkan coklat chip dan kacang walnut
6. Kaup balik sehingga menjadi doh yang lembut
7. Sudukan ke dalam dulang
8. Bakar 15 minit dengan suhu 175

SELAMAT MENCUBA

Sunday, December 1, 2013

ROTI PURI

Resepi ini dikongsi daripada Group Kongsi2 Resepi Kek, biskut dan lain-lain


Bahan-bahannya ialah:
500gm tepung gandum
Setengah peket mauripan (bancuh dengan air suam)
4sb minyak
1sk gula
1sk garam
2sb susu tepung
Air secukupnya untuk menguji adunan

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali air
2. Masukkan air sikit-sikit
3. Uli adunan sehingga sebati dan tidak lekat ditangan
4. Bentukkan adunan sebesar bola golf dan canai bulat dan nipis
5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana
6. Siram minyak panas atas adunan semasa menggoreng supaya jadi menggelembung
7. Goreng sampai kekuningan dan masak.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, November 30, 2013

RED VELVET CHEESE TART


Resepi ini saya copt paste daripada Blog Seri Kandi Jauhar. Selalunya saya membuat Tart Cheese Blueberry tapi kali ini bersemangat untuk membuat Red Velvet Cheese Tart ini.

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
Susun semua crust dalam tray pembakar.
Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Saturday, November 23, 2013

MELTY HERSHEY

Resepi asal oleh Syahida Shaa daripada Group Kongsi-kongsi Resepi Kek, Biskut dan Lain-lain


Bahan-bahannya ialah:
250gm cream cheese
250 ml whipping cream non dairy
200 ml susu pekat
Coklat Hershey
Biskut oreo
Hiasan-hiasan yang lain
(Saya gunakan mashmallow, coklat nips, coklat chip dan nestum)

Cara-caranya:
1. Pukul whipping hingga kembang dan kental dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain pukul cheese dan susu pekat sehingga sebati dan tidak berketul-ketul
3. Masukkan dalam whipping cream dan gaul sebati
4. Ambil satu senduk dan masukkan dalam bekas dan ratakan
5. Patahkan biskut oreo dan picitkan coklat hershey.
6. Lapiskan lagi dengan adunan dan hias di atasnya dengan bahan-bahan hiasan yang kita suka.
7. Simpan dalam peti selama 5 jam.
8. Rasanya sedap seperti aiskrim.

SELAMAT MENCUBA

AISKRIM HOME MADE






Bahan-bahannya ialah:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Milo
Biskut Oreo

Cara-caranya:
1. Putar susu cair bersama susu pekat hingga gebu.
2. Simpan di dalam tempat beku  1-2 jam
3. Keluarkan semula dan putar lagi
4. Masukkan milo dan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan
5. Putar perlahan dan sekejap
6. Simpan dan tempat beku semalaman.
7. Esok dah boleh dimakan.

Wednesday, November 20, 2013

KEK COKLAT LAPIS CHEESE

Resepi diambil dari Dapur Tanpa Sempadan



Bahan-bahan Kek Coklat ialah:
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1sk esen vanila
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
3sb serbuk koko
1sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Bahan-bahan Lapis Cheese
250 gm cream cheese
60gm gula halus
1 biji telur
1sb air
1sb tepung gandum

Cara-cara membuatnya:
Untuk Kek Coklat
1. Putar telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan esen vanila dan garam. Putar lagi
3. Masukkan susu cair, minyak dan air panas. Putar lagi
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat sedikit
    demi sedikit.
5. Bahagikan sama banyak kepada dua bahagian

Untuk Lapisan Cheese
1. Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan licin
2. Masukkan telur dan putar hingga kembang
3. Tambah tepung dan air. Putar sebati

Untuk Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
1. Tuang satu bahagian kek coklat dalam acuan
2. Tutup dengan aluminium foil
3. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
4. Tuang adunan cheese dan sambung kukus 20 minit lagi
5. Tuang baki adunan kek coklat sambung kukus 45 minit lagi
6. Biarkan sejuk sebelum potong

SELAMAT MENCUBA



ROTI GEBU

Resepi ini diberikan oleh seorang kawan lama dahulu semasa membeli Bread Maker Noxxa


Bahan-bahannya ialah:
Setengah kilo tepung high protien/tepung gandum/tepung roti
200 ml air
1 biji telur
1st garam
2sb gula
2sb susu tepung
2sb mentega/marjerin
1st bread improver
1st bread softener
1 peket mauripan


Doh roti ini juga boleh digunakan untuk roti sosej





SELAMAT MENCUBA

TART CHEESE BLUEBERRY

Resepi ini diambil daripada blog Azlita Masam Manis tetapi saya olah semula untuk memudahkan saya.

Bahan-bahannya ialah:
Untuk crust:
170gm butter
250gm tepung gandum
50gm gula icing
1st esen vanila

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter bersama gula icing
2. Masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung gandum
4. Uli sehingga menjadi doh
5. Masukkan dalam acuan tart
6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170

Untuk filing
250gm cream cheese
50gm gula castor
1 biji telur
1/2 sudu esen vanila
(semuanya diputar sehingga menjadi gebu)
Jem blueberry

1. Sudukan jem blueberry ke dalam crust yang telah dibakar
2. Sudukan adunan cream cheese
3. Lorekkan tart sebagai hiasan
4. Bakar semula selama 10 minit


SELAMAT MENCUBA


KEK COKLAT KARAMEL

Bahan-bahannya ialah:
Untuk Karamel
2sb gula dihanguskan

Untuk Puding
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
(semuanya dipukul lembut)

Untuk Kek
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
(Semuanya dimasak di atas api)

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1st baking powder
1st soda bikarbonat
(semuanya diayak bersama)

Bahan C
3 biji telur dipukul

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan Bahan B dan Bahan C dalam Bahan A
2. Masukkan puding dalam karamel
3. Kukus dengan api sederhana selama 20 minit
4. Masukkan bahan kek ke dalam puding
5. Kukus selama 1 jam

SELAMAT MENCUBA


SNOW CHEESE CAKE MELELEH

Resepi asal oleh Syahida Shaa dari Group Kongsi-kongsi Resepi Kek, Biskut dan Lain-lain

Bahan-bahannya ialah:
6 biji telur (buang 2 putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk
75gm mentega (dicairkan)
1st baking powder
2sb ovelet


Cara membuatnya:
1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih
2. Masukkan ovalet dan putar lagi
3. Masukkan gula dan putar
4. Masukkan air sejuk dan tepung yang telah diayak bersama baking powder
5. Masukkan mentega cair dan putar lagi
6. Bakar dalam loyang 8" selama 45- 1 jam dengan suhu 150
(Untuk makluman snow cheese cake meleleh ini saya kukus di dalam bekas plastik)

Cream cheese frosting
250gm cream cheese
1/2 tin susu cair
(putar bersama)

Tuang di atas kek setelah kek sejuk dan hiaslah dengan cheddar cheese yang telah diparut.

SELAMAT MENCUBA

KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
4 biji telur
1st baking powder
1st soda bikarbonat
1 1/2 cawan air panas


Cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama telur sehingga kembang
2. Masukkan susu pekat
3. Masukkan minyak
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat
5. Masukkan air panas
6. Bakar 40-45 minit dengan suhu 175

KEK LOBAK

Resepi ini telah diberikan kepada saya oleh seorang rakan.
Bahan-bahannya:
2   1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula castor
3/4 cawan gula perang
4 biji telur
1st baking powder
1st soda bikarbonat
1st esen vanila
1 mangkuk lobak merah diparut
1 cawan minyak mazola (saya guna minyak masak)
1 cawan butter dicairkan
walnut dan buah-buahan campuran (secukup rasa)


Cara-cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama minyak dan butter yang telah dicairkan
2. Masukkan telur
3. Masukkan carrot
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit
5. Masukkan walnut dan buah-buahan campuran
6. Bakar selama 1 jam dengan suhu 160.

SELAMAT MENCUBA


KEK MINYAK

Resepi daripada Miey Safarin dari Group Kongsi-kongsi Kek, Biskut dan Lain-lain



Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
1st baking powder
1st ovelet
1st esen vanila
pewarna


Cara membuatnya:
1. Pukul telur bersama gula sehingga gebu
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila
3. Masukkan minyak
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder
5. Bahagikan aduan kepada 3 bahagian contohnya
6. Bubuh pewarna merah, hijau atau kuning contohnya
7. Sudukan ke dalam loyang secara bertindih dengan berselang seli warna
8. Loreklah untuk menjadikan adunan lebih cantik
9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 160.

SELAMAT MENCUBA

SALAM PERKENALAN

Salam perkenalan.
Assalamualaikum semua.
Dengan ini  saya ingin memaklumkan bahawa segala resepi yang terdapat dalam laman ini bukanlah resepi sebenar saya. Saya cuma mencuba resepi-resepi yang terdapat dalam laman sesawang orang lain untuk menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang masakan yang sangat menarik minat saya ini. Kejayaan mencuba resepi-resepi ini saya kongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dengan mengekalkan nama asal pemilik sebenar resepi tersebut. Insya Allah segala resepi yang saya kongsikan ini akan bertebaran ke seluruh pelosok alam dalam mengekalkan hubungan silaturahim sesama peminat-peminat bidang masakan. Amin...